总结: | Prof. Khalid mengupas satu persatu, dengan terperinci apakah dia, kenapa dan bagaimana mengurus masa, membaca dengan cekap, membina tabiat belajar, menguatkan dorongan belajar (motivasi), menangani daya pelemah dorongan belajar, meningkatkan daya ingatan, mengurangkan kelupaan, menyelesaikan masalah, menajamkan pemikiran, mendengar guru, meningkatkan kecekapan belajar sendiri, mengulangkaji dan menyiapkan diri untuk peperiksaan. Prof. Khalid juga memberi motivasi supaya berusaha walaupun menempuhi pelbagai dugaan seperti tidak cemerlang sewaktu peperiksaan dan sukar memahami pelajaran. Edisi ini mengandungi 42 gambarajah, carta dan gambar serta 10 jadual untuk meningkat mutu penjelasan.
|