NUSAIBAH SRIKANDI BESI /

Semangat juang dalam diri Nusaibah terus mengalir deras, sederas jantungnya yang berdegup kencang. Perisai pada tangan beliau bersedia bagi menepis setiap libasan pedang yang dihayun ke arahnya. Dalam situasi genting itu, kakinya pantas melangkah ke tempat Rasulullah berada. Kata-kata Rasulullah pad...

Повний опис

Бібліографічні деталі
Автор: Ezee Rahmani, author 182536
Формат: text
Мова:may
Опубліковано: Batu Caves, Selangor : PTS Millennia Sdn. Bhd., 2013
Предмети:
Опис
Резюме:Semangat juang dalam diri Nusaibah terus mengalir deras, sederas jantungnya yang berdegup kencang. Perisai pada tangan beliau bersedia bagi menepis setiap libasan pedang yang dihayun ke arahnya. Dalam situasi genting itu, kakinya pantas melangkah ke tempat Rasulullah berada. Kata-kata Rasulullah pada ketika Perjanjian Aqabah Kedua terus segar dalam ingatan. Nusaibah mahu mengotakan ikrar yang dilafazkannya pada tempoh hari. Akhirnya, perjalanan menongkah arus tiba ke destinasi yang dituju. Nusiabah berjaya berdiri si hadapan Rasulullah, bersama beberapa orang tentera Muslimin yang masih teguh berdiri. Mereka membentuk barisan benteng dan perisai. Darah segar mengalir pada leher, lengan dan sekujur tubh setiap orang yang menjadi perisai, demi melindungi Rasulullah. Sambil menjeritkan kesanggupannya, tanpa berbelah bagi, Nusaibah turut menghunus pedang dengan genggaman yang semakin kemas. Kekasih Allah itu perlu dilindungi! Nusaibah langsung tidak memikirkan keselamatan diri sendiri, sehingga beliau turut mendapat luka parah akibat tusukan, terjahan, dan serangan musuh daripada setiap sudut dan penjuru. Ini adalah kisah Nusaibah, Nusaibah Srikandi Besi.