Summary: | SEMINAR TA'DIB ISLAMI (STI) adalah sebuah projek khas ABIM bagi menjelaskan kepada masyarakat tentang fahaman-fahaman penting yang mendasari pandangan alam islam. Selain bertujuan mempersiapkan masyarakat dengan respon terhadap isu-isu penting dalalm masyarakat dengan respon terhadap isu-isu penting dalam masyarakat Islam berdasarkan asas pandangan alam islam yang sebenar, STI juga bertujuan untuk menghuraikan dan mengaplikasi fahaman sebenar adab sebagai asas kepada pembinaaan semula peradaban Islam. Himpunan Makalah Seminar Ta'dib Islami Siri 1 dan Lain-lain Esei ini adalah koleksi tulisan para pembentang sepanjang lima bulan pertama seminar ini diadakan. Antara yang pernah mengisi STI adalah Prof. Dr. Wan Mohd Nor Wan Daud, Prof. Madya Muhammad Zainiy Uthman, Prof. Madya Abdul Halim el-Muhammady, Dr. Mohd Sani Badron, Dr. Ugi Suharto, Dr. Mohd Nor Nawawi, Dr. Mohd Zaidi Ismail, Dr. Wan Suhaimi Wan Abdullah, Dr. Mazuki Ismail dan Prof. Madya Dr. Kamar Oniah Kamaruzzaman. Selain itu, Himpunan Makalah ini mengandungi beberapa esei exco Angkatan Belia Islam Malaysia.
|