Summary: | Buku Analisis Data Kualitalif dengan ATLAS.ti 8 ini memberi tumpuan kepada tiga projek kajian kualitatif sebagai asas memahami aplikasi ATLAS.ti 8 bagi memberikan senario situasi kajian sebenar. Kajian kualitatif sebagaimana kajian kualitalif juga adalah satu pendekatan yang sangat penting khususnya dalam kajian sains sosial. Kajian ini penting kerana keupayaannya mengupas secara mendalam data subjektif berbentuk seperti temu bual, nota lapangan, rakaman suara, video, foto, dokumen dan online discourse bagi mentafsir pendapat, persepsi dan persetujuan. Computer Aided Qualitative Data Analysis (CAQDAS) merujuk kepada perisian komputer untuk menganalisis data kualitatif. Terdapat beberapa contoh CAQDAS di pasaran sperti AS.ti, NVivo, MAXqda, Qualrus dan lain-lain lagi. Buku ini memperkenalkan ATLAS.ti 8 sebagai satu lagi alternatif kepada mereka yang berminat untuk membuat kajian kualitatif dengan perisian ini. ATLAS.ti 8 sebagaimana CAQDAS yang lain dibina untuk membantu penyelidik membongkar secara sistematik kisah di sebalik data kualitatif. Penulis mengekalkan istilah bahasa inggeris dalam buku ini bertujuan untuk memudahkan pemahaman dan memastikan istilah tersebut menepati penggunaannya dalam ATLAS.ti 8 sendiri.
|