MAHATHIR BIN MOHAMAD : DILEMA MELAYU /

Dr. Mahathir dilahirkan pada 20hb Disember 1925 di Alor Setar, Kedah. Semasa masih di bangku sekolah lagi, beliau turut terlibat dalam kempen menentang Malayan Union dalam tahun 1945-1946. Dengat menggunakan nama samaran C.H.E Det, beliau kerap menulis artikel-artikel mengenai orang Melayu dan menge...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Ibrahim Saad, translator 449831
Format: text
Language:may
Published: Singapore : Times Editions Pte Ltd, 1982
Description
Summary:Dr. Mahathir dilahirkan pada 20hb Disember 1925 di Alor Setar, Kedah. Semasa masih di bangku sekolah lagi, beliau turut terlibat dalam kempen menentang Malayan Union dalam tahun 1945-1946. Dengat menggunakan nama samaran C.H.E Det, beliau kerap menulis artikel-artikel mengenai orang Melayu dan mengenai politik untuk akhbar Sunday Times di antara tahun 1946 hingga 1950. Beliau telah lama menjadi ahli UMNO, tetapi beliau mulai terkenal hanya dalam tahun 1964 apabila beliau memenangi kerusi pilihanraya Parlimen. Beliau kemudian telah disingkirkan dari UMNO pada tahun 1969 berikutan perselisihan pendapat dengan pucuk pimpinan parti. Pada tahun 1972 Dr Mahathir telah menerima semula sebagai ahli UMNO. Sebelum dilantik sebagai anggota Kabinet pada tahun 1974, beliau telah membuktikan kebolehan beliau sebagai seorang pentadbir tatkala menjadi Pengerusi Perindustrian Makanan Malaysia (FIMA). Dalam buln Mac 1976, beliau tela dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri oleh Datuk Hussien Onn. Bila Datuk Hussien Onn mengundur diri dalam tahun 1981, Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Tidak semua ahli sejarah akan bersetuju dengan tafsiran yang dibuat oleh Dr Mahathir mengenai kejadian-kejadian sejarah atau hal-hal yang baru berlaku di Malaysia dan Singapura. Karya ini sudah tentu akan menjadi sebuah buku yang kontroversial dan sudah pastilah pengarangnya akan terpaksa mempertahankan pendapat-pendapat dan kenyataan-kenyataannya. Malahan beliau akan disoal mengenai ketepatan data-data sejarah dan biologi. Tulisan ini bukanlah satu kajian yang objektif. Bagaimanapun, buku ini diterbitkan kerana tulisannya mencerminkan cara pemikiran dan kepercayaan orang melayu yang moden, berpelajaran dan progresif. Inilah reaksi beliau pada masalah masa-masa kini, iaitu masalah paling penting yasng dihadapi oleh Malaysia. Beginilah pemahaman orang Melayu yang cenderung kepada politik terhadap lampau, menerangkan tingkah laku kaumnya sendiri dan tingkah laku pendatang-pendatang dan melihat keadaan masa depan. Pada masa yang lalu memang agak sukar hendak mengetahui cara pemikiran orang Melayu. Seperti yang diterangakn oleh Dr. Mahathir, orang Melayu selalu melindunga rakan-rakan dan musuh-musuh mereka dari mendapat malu dan dengan berbuat begitu mereka menyelubungi pemikiran mereka yang sebenar. Kini, bagi pertama kalinya seorang melayu telah menghuraikan hujahnya dengan panjang lebar dan dengan secara ikhlasnya. Dr. Mahathir telah mengkaji dan menganalisa sifat orang Melayu, keturunan mereka, cara hidup mereka dan agama mereka. Beliau telah mendedahkan segala-galanya. Beliau berpendapat bahawa pendedahan ini adalah perlu bukan sahaja untuk menggalakkan orang Melayu mengenal diri mereka sendiri, tetapi juga supaya orang bukan Melayu akan lebih memahami reaksi orang Melayu terhadap masalah-masalah masa kini.