Samenvatting: | Cuit adalah nama kolum mingguan setiap Rabu dalam akhbar Utusan Malaysia. Ia mula diterbitkan pada 2008 sebaik sahaja tsunami politik melanda Malaysia. Komunis Zaini Hassan mengemukakan pelbagai pandangan, analisis, pemerhatian tajam, pedas, panas yang ditulis tanpa rasa takut dan gentar. Pernah digelar sebagai ultra-Melayu. Tulisan dalam buku ini adalah koleksi empat tahun Cuit yang tersiar sehingga Disember 2012. Sepanjang tulisan itu, Cuit menjadi bualan orang ramai, ahli korporat, kakitangan kerajaan, ahli-ahli politik di pihak kerajaan dan pembangkang. Menerima berdozen repot polis daripada pihak yang cuba 'menutup' mulutnya dan marah dengan cuitannya. Beberapa artikel yang sensitif dan sedang menghadapi tindakan mahkamah telah ditarik keluar daripada buku ini atau melalui suntngan semula. Begitu banyak wartawan di tanah air kita tetapi tidak ramai yang menjadi terbilang terutama dalam dunia siber yang membuka ruang kebebasan dan pemilihan untuk pembacaan yang menekan begitu hebat tmedia percetakan. Keupayaan Zaini Hassan untuk menjadi kolumnis popular dengan peminat setia daripada kawan dan lawan, dihormati dalam keadaan yang serba mencabar ini adalah pencapaian luar biasa. Ruangan Cuitnya seminggu sekali di Utusan Malaysia ditunggu-tunggu. Apakah rahsia kekuatan dan keulungannya? Sesiapa yang membaca mengetahui bahawa tulisabn Zaini penuh dengan fakta daripada pembacaan, pengetahuan dan pergaulan luas sebagai wartawan. Beliau mempunyai identitinya sendiri; seorang nasionalis yang berani dan ikhlas, patriotismenya mengatasi bahaya dalam globalisasi. Zaini terbilang kerana tidak ramai lagi wartawan sepertinya.
|