Резюме: | Kelestarian wakaf masih ditanggapi sekadar kegiatan keagamaan . Kalaupun ada dampak ekonomi dalam kehidupan seharian, ia tidak menjadi keutamaan . Akhirnya wakaf tidak berupaya menjadi instrumen untuk membangunkan ummah . Semua ini hanya kerana tidak arif dan salah faham tentang konsep dan intipati wakaf. Justeru, buku ini menyingkap beberapa dimensi penting disiplin wakaf termasuk sejarah perkembangan, definisi, struktur, hukum berwakaf, budaya berwakaf, unsur intrinsik dan ekstrinsik harta wakaf dalam mengekalkan hak milik dan menjamin penerusan manfaatnya . Dari segi elemen asas, buku ini mengupas tentang sejarah perkembangan , definisi dan struktur serta hukum dan budaya yang berkait dengan wakaf. Dari segi elemen aplikasi pula, ia menghuraikan pengekalan hak milik dan perluasan manfaat harta wakaf khususnya tanah melalui sifat intrinsik dan ekstrinsik wakaf. Elemen asas dan aplikasi wakaf yang dimuatkan dalam buku ini dengan menggunakan laras bahasa yang mudah difahami oleh kelompok umum menjadikannya agak istimewa dan unik. Pendekatan ini membolehkan buku ini menjadi bacaan atau rujukan pelbagai pihak.
|