Summary: | Syahdu kota persisir pantai itu, terusik lantas melayangkan aku ke sebuah dimensi dunia yang tidak bertepi. Raungan dan ratapan Humaira, wanita berpurdah yang mengakhiri nafasnya untuk terjun dari bangunan nan tinggi. Mengapa itu jalan kesudahahnmu? Bayi kudung, tidak punya kaki dan tangan mengejar aku sejak dari itu. Aku berlari ke sebuah lembah, cukup asing, gurun oasis, fatamorgananya bebrbeza dari segala. Langit menjerit, suara bagai memendam perit kabus hitam pekat, tanah merekah, pasir berterbangan dibaewa angin gersang yang dahagakan seksaan. Wanita tidak berwajah, rambut merebah ke tanah berjalan ikut aku dari belakang, kakiku terasa berat. Disana aku terlihat, ada manusia di puncak bukit kering, aku tidak terduga untuk mendakinya. Hanya kedengaran suara pekikan2, lolongan bagai dimakan haiwan kelaparan. Aku berlari, bagai tidak memiliki kasut. Masa melintas aku kedapan. Cahaya memantulkan aku kebelakang. Sungguh aku tidak faham dimensi dunia yang berlainan. "Fayyadh, takutkan kamu?" badanku lulur bergetar ketakutan, ia terbenam dalam-dalam. Suara itu memanggilku. Aku seperti dihalau menuju ke sebuah perjalanan. Aku dihimpit, dipijak, kesakitan, semua wajah tunduk suram. Mereka langsung tidak berbicara. Apakah sebenarnya dimensi alam yang dilalui Fayyadh? Suara siapakah yang didengarinya? Apakah kaitan Fayyadh, Humaira dan wanita tidak berwajah dengan travelog ini? Dan kenapakah bayi kudung itu sentiasa ada dalam mimpi-mimpinya? Bagaimanakah Fayyadh menamatkan destinasi terakhirnya?
|