Fadhilat & Keistimewaan HARI & BULAN Dalam Islam : Rejab, Syaaban & Ramadhan /

Fadhilat atau keutamaan merupakan nikmat paling besar yang telah Allah Selipkan dalam sesuatu ciptaanNya. Didalamnya tersimpan dan tersembunyi beribu-ribu kelebihan bagi makhluk yang menjalinkan hubungan makrifat kerinduan kepada Allah. Hubungan yang suci dan mulia ini akan lebih bermakna dan mendap...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Muhammad Umar Ghazali, author 284566
Format: text
Language:may
Published: Batu Caves, Selangor : Pustaka Ilmi, 2008
Subjects:
Description
Summary:Fadhilat atau keutamaan merupakan nikmat paling besar yang telah Allah Selipkan dalam sesuatu ciptaanNya. Didalamnya tersimpan dan tersembunyi beribu-ribu kelebihan bagi makhluk yang menjalinkan hubungan makrifat kerinduan kepada Allah. Hubungan yang suci dan mulia ini akan lebih bermakna dan mendapat ganjaran yang lebih besar jika dikerjakan pada wktu yang tepat dan sesuai iaitu disaat terhimpun rahmat dan nikmatNya. Hanya dengan mengetahui fadhilat saat dan waktu tersebut dapat menggandakan lagi nilai amalan kita. Allah menjadikan hari, minggu dan bulan yang mengisi lingkaran tahun tersimpan kelebihan dan sejarah yang merupakan rahsia keutamaannya. Jika kelebihan dan keutamaan yang tersimpan dalam perjalanan waktu itu diisi dengan amal ibadah, berzikir, bertakarrub, bermunajat maka Allah akan menganugerahkan ganjaran kebaikan di dalamnya. Sesungguhnya dengan mengetahui fadhilat bulan-bulan yang mulia akan memberikan motivasi dan dorongan yang kuat dalam diri kaum muslimin untuk meningkatkan amal ibadahnya. Semoga buku yang menjelaskan tentang kelebihan bulan-bulan mulia ini menjadi panduan bagi insan yang ingin mengisi waktunya dengan ibadah, doa-doa, serta wirid yang sepatutnya diamalkan.