Crynodeb: | Ibadah umrah ada bahagian 'tricky'nya.Silap langkah, dari umrah mabrur, dapat umrah 'melebur'.Dari mengejar pahala berkoyan, silap-silap bawa balik dosa bertan-tan. Buku ini berkongsi formula, ibrah & pengalaman bagaimana Ustaz Asraff 'disekolah'kan Tuhan ketika mengerjakan Umrah awal Ramadhan tahun 2016. Ada 21 bab yang berkongsi hikmah & pengajaran Ustaz Asraff alami & pelajari: • Berkongsi ibrah, apa yang ingin Tuhan 'ajarkan' setiap kali kita ziarahi lokasi popular seperti Bukit Uhud, Sofa & Marwa, Raudhah, Hajarul Aswad dan sebagainya. • Tip termudah mencium Hajarul Aswad yang Ustaz lakukan sehingga tidak perlu lama bersesak di saat orang lain mengambil masa berjam-jam untuk mencuba, itu pun belum tentu dapat. • Teknik lebih santai masuk Raudhah di Madinah tanpa perlu bersesak dan beratur. Serta banyak lagi. Pendek kata, ia adalah buku untuk kita mengenalpasti sempadan & perbezaan umrah 'ke langit' (yang mabrur & diterima) & umrah 'ke laut' (yang ditolak & sia-sia). Buku ini ingin bantu anda tunaikan umrah, apabila pulang terus berubah, InsyaAllah.
|