Summary: | Ustaz Sharhan Safie, berasal dari Kampung Air Merah di Kelantan. Mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Menengah Ugama (A) Syamsul Ma'arif Pulai Chondong, Kelantan. Monyambung pengajian tinggi di Kolej Sultan Zainal Abidin (KUSZA) di Terengganu dalam jurusan Bahasa Arab selama tiga tahun. Semasa di KUSZA beliau permah diamanahkan sebagai Naib Presiden Dewan Tertinggi Pelajar. Pengajian diteruskan di University Al-Azhar, Kaherah, Mesir selama tiga tahun. Semasa menuntut di sana. Beliau memperdalamkan lagi ilmu perubatan islam dengan tokoh terkenal dalam perubatan islam laitu Syeikh Wahid Abd. Slam Bali dan mendapat ijazah pengikhtirafan setelah menjalani praktikal dengan Syeikh Wahid. Nama dan gambar Ustaz Sharhan juga pernah disiarkan di dalam akhbar Mesir kerana telah berjaya mengubati seorang peguam yanta diganggu oleh jin. Belinu telah berjaya menamatkan pengajiannya di University Azhar, Kaherah, Mesir dan sekarang beliau bertugas sebagai guru di Sekolahanangsaan Kubang Rotan Alor Setar, Kedah. Telah melibatkan diri dalam perubatan semenjak di bangku sekolah lagi. Melalui ilmu dan pengalaman yang dimiliki Ustaz Sharhan telah mengadakan "Klinik Perubatan Islain" dan juga "Kelas Perubatan Islam" di Institusi pengajian tinggi, di masjid dan juga di surau-surau disekitar Kedah dan juga Kuala Lumpur. Beliau juga merupakan penceramah sambilan dalam program-program tv dalam rancangan berbentuk keagamaan seperti Al-Kuliyyah, TV3, Tanyalah Ustaz, Semanis Kurma TV9 dan beliau juga telah terlibat secara langsung dalam satu rancangan ilmu Alam Ghaib di TVS yang menjadi kegemaran ramai. beliau juga terlibat secara langsung calam program Astro Prima (Expose MistiK) dlan Juga rancangan Ekslusif 1 di TV1. Dengan kepakaran yang aca, beliau dijemput oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi menyertai muzakarrah menggubal undang-undang jenayah sihir di negeri Selangor.
|