Summary: | Buku ini membincangkan peranan dan tanggungjawab sekolah, keluarga dan komuniti dalam memartabatkan aspirasi pendidikan negara. Bagi menjayakan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan tersebut, peranan dan tanggungjawab yang bersepadu antara pihak sekolah, keluarga dan komuniti amat penting untuk membantu pihak sekolah menjayakan usaha melahirkan pelajar yang berilmu, berketerampilan, berdaya saing dan maju. Secara umum, kandungan buku ini dibahagikan kepada tiga bahagian yang merangkumi aspek penglibatan ibu bapa dalam pendidikan, peranan sekolah membantu ibu bapa dan kerjasama sekolah-komuniti membentuk pendidikan harmoni. Suresh Kumar N. Vellymalay merupakan seorang Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia. Beliau merupakan seorang penulis yang prolifik, banyak menulis buku dan makalah dalam bidang pendidikan.
|