Resumo: | Bertentangan dengan pandangan konvensional, Bahasa dan Isu-isu Sosiobudaya menyoroti dan meninjau dunia bahasa yang amat luas dan kompleks; bahasa sebagai alat perpaduan dan penyatuan, bahasa juga punca persengketaan dalam masyarakat, perpecahan dalam sesebuah negara, dan ketegangan antarabangsa. Perihal bahasa dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, budaya, peradaban, negara bangsa, pembinaan bangsa, dan jati diri nasional turut diketengahkan. Buku yang ditulis oleh buakn ahli bahasa ini menunjukkan bahawa globalisasi dan teknologi yang dikhuatiri membawa bersama-sama hegemoni bahasa Inggeris, tidak mengancam atau memupuskan sesuatu bahasa; sebaliknya faktor demografi atau penghijarahan yang berlaku secara besar-besaran berkemungkinan mengancam bahasa di sesebuah negara. Bahasa bukan sahaja menjadi persoalan di negara kebijajahan, negara pascakolonial, tetapi juga negara maju, negara berbahasa Inggeris. Dengan rangkuman topik yang luas, yang mengandungi penemuan baharu, dan yang cuba memecahkan tembok "dua budaya," buku ini boleh dijadikan asas oleh para sarjana untuk menjalankan kajian seterusnya, yang lebih ilmiah sifatnya. Satu kajian yang mampu memberikan kesegaran dan kedinamikan terhadap dunia bahasa. Dua buku penulis, iaitu Krisis Tidak Berhujung dan Kemerosotan Orde Ekonomi Global telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2018.
|