BAHASA MELAYU KOMUNIKASI PERUNDANGAN /

Ketika di universiti, pelajar undang-undang lebih banyak terdedah dengan ilmu undang-undsng melalui perantaraan bahasa Inggeris. Sementelah mutakhir ini, banyak institusi pengajian tinggi di negara ini menggunakan mediun bahasa inggeris atas alasan untuk menggalakkan pelajar-pelajar asing datang bel...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Sabariah Hassan, author 653392, Kamaruddin P. Mohd., author 653393
Format: text
Language:mul
Published: Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 2015
Subjects:
Description
Summary:Ketika di universiti, pelajar undang-undang lebih banyak terdedah dengan ilmu undang-undsng melalui perantaraan bahasa Inggeris. Sementelah mutakhir ini, banyak institusi pengajian tinggi di negara ini menggunakan mediun bahasa inggeris atas alasan untuk menggalakkan pelajar-pelajar asing datang belajar id universiti-universiti tempatan. Walhal mengikut Akta 32, Akta Kebangsaan 1963/67 mewajibkan hakim dan peguam menggunakan bahasa kebangsaan ketika dalam prosiding perbicaraan kecuali keterangan daripada saksi-saksi dan sehingga kini akta tersebut kekal relevan. Pelajar undang-undang lulusan luar negara menghadapi lebih banyak masalah untuk menggunakan bahasa Melayu ketika menjalankan tugas di mahkamah. Walaupun peruntukan undang-undang melalui akta tersebut sudah melalui tempoh yang agak lama, prosiding di mahkamah-mahkamah tinggi kekal menggunakan bahasa Inggeris atas alasan hakim dan peguam kurang yakin dengan bahasa Melayu. Buku ini memberikan panduan kepada bakal peguam atau sesiapa sahaja yang berminat dalam bidang perundangan bagi mendapatkan kemahiran menggunakan bahasa Melayu sama ada dalam bentuk komunikasi penulisan juga lisan. Walaupun buku ini bukan senuah nuku yang lengkap dan sempurna, kandungannya sudah cukup membantu bakal peguam menggunakan bahasa Melayu dalam melaksanakan tugas, khususnya kepada mereka yang menceburi diri dalam bidang kepeguaman pada peringkat awal kerjaya mereka.