APA YANG ANDA PERLU KETAHUI TENTANG TALASEMIA /

Mampukah anda berpisah dengan pasangan masing-masing setelah mengetahui bahawa pasangan anda itu ialah pembawa gen talasemia? Sanggupkah anda berkahwin tetapi tidak boleh memiliki anak kerana anda ialah penghidap talasemia minor, intermedia atau major. Ketahui segala maklumat tentang penyakit talase...

وصف كامل

التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلف الرئيسي: Wan Suriana Wan Ab Rahman, author 653080
التنسيق: text
اللغة:may
منشور في: Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka , 2017
الموضوعات:
الوصف
الملخص:Mampukah anda berpisah dengan pasangan masing-masing setelah mengetahui bahawa pasangan anda itu ialah pembawa gen talasemia? Sanggupkah anda berkahwin tetapi tidak boleh memiliki anak kerana anda ialah penghidap talasemia minor, intermedia atau major. Ketahui segala maklumat tentang penyakit talasemia dalam buku ini. Talasemia ialah sejenis penyakit keturunan yang melibatkan sel darah merah. Penyakit ini diwarisi daripada ibu atau bapa kepada gen dan sering anak melalui gen dan sering ditemui dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Penyakit ini lebih mudah dicegah daripada dirawat. Walaupun kaedah rawatan terkini mampu memberikan sinar harapan kepada pesakit untuk sembuh, keberkesanannya tidak dipraktikkan secara meluas. Kekangan ini disebabkan kos yang tinggi dan kaedah rawatan yang sukar dilakukan, terutamanya yang melibatkan pemindahan sumsum tulang. Pembawa gen talasemia tidak menunjukkan sebarang tanda, tetapi bagi orang yang berkahwin dengan pembawa gen yang sama impaknya lebih teruk sehingga boleh mengancam nyawa. Oleh itu, kesedaran dan pemahaman yang meluas serta mendalam tentang penyakit ini perlu diketengahkan kepada ahli masyarakat termasuk golongan muda dan remaja. Tumpuan juga diberikan kepada pasangan yang ingin berkahwin agar mereka bersedia untuk menjalani ujian saringan talasemia.