Sammanfattning: | Hikayat Tuan Puteri Saadong merupakan salah sebuah karya yang tergolong dalam genre legenda yang memaparkan kehebatan, kebijaksanaan dan karamah yang dimiliki oleh Tuan Puteri Saadong. Keistimewaan inilah yang menjadikan Tuan Puterí Saadong seorang tokoh wanita yang termasyhur dí di negeri Kelantan. Hikayat ini juga mengajak pembaca menghayati perjuangan srikandi wanita, sekali gus mengangkat kisah sejarah dan fiksyen negeri Kelantan. Penerbitan karya klasik ini amat berguna sebagai rujukan pelajar dan pengkaji sastera, di samping menambah dan memperkaya khazanah persuratan negara khususnya yang berhubung dengan ketokohan wanita dari negeri Kelantan.
|