Summary: | Sesungguhnya syaitan berputus asa daripada menyebabkan umat Islam menyembah berhala. Tidak akan ada mana-mana orang islam yang waras dan sedar akan menyembah patung, yakni rukuk dan sujud kepadanya dan berdoa kepadanya. Tetapi ramai orang Islam yang hanya Islam pada nama tetapi menjadi hamba dan penyembah jin, tok sheikh, wali dan sebagainya secara sedar mahupun tidak. Dan unsur-unsur syirik akbar iaitu syirik yang paling bear ini amat samar dan kabur, apatah lagi setelah ia dihiasi dengan komstik Islamik seperti penggunaan ayat-ayat Al-Qur'an, doa-doa, pakaian agama, biji tasbih dan lain-lain lagi. Inilah yang menjado kerisauan yang palin utama di sebalik alasan untuk menulis dan menerbitkan buku ini. Jauh lebih besar dan penting berbanding isu pemakanan Habbah As-Sawda', sejenis madu yang paling afdal, upah bekam, upah ruqyah dan sebagainya yang diperselisihkan para ulama dalam ruang lingkup ranting atau cabang agama, bukan usulnya. Bahkan ruqyah yang menggunakan semata-mata ayat-ayat Al-Qur'an pun boleh jatuh syirik hukumnya jika diiktikadkan bahaw aperawat yang menjampi tersebutlah penentu kesembuhan, dialah yang ada kuasa menyembuh dan si pesakit perlu bergantung kepadanya. Semoga Allah memberikan kita kefahaman yang benar.
|