Summary: | Fitrah insaniah merupakan potensi dasar yang melekat pada diri manusia dibawa semenjak lahir. Ia tidak terbatas oleh kurun waktu, wilayah, budaya maupun adat istiadat tertentu di dunia ini. Fitrah merupakan garis yang tiads putus dari generasi ke generasi bahkan semua ibu bapa membawa fitrah ini. Sifat-sifat bawaan ibu bapa dapat dirasakan oleh setiap individu yang telah menjejakkan kakinya ke alam usia orang tua, sehingga setiap ibu bapa dapat memahami akan hakikat fitrah yang ia miliki. Begitu juga bagi seorang anak akanlebih mengerti akan keadaan ibu bapanya dengan menyelami sifat bawaan yang sedang mengalir dalam keperibadian ibu bapa mereka. Buku ini diharapkan dapat memberi sumbangan untuk para anak memperolehi rujukan yang jelas tentang perkembngan emosi orang tuanya. Bagi ibu bapa, akan lebih memahami keadaan emosinya sehingga tidak terlalu hanyut dibawa perasaannya sendiri. Semoga ada manfaatnya, insya Allah.
|