PERJALANAN POLITIK ABANG JOHARI : PREMIER SARAWAK /

Pada 13 Januari 2017, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Abang Openg yang lebih dikenali sebagai Abang Jo dilantik sebagai Ketua Menteri keenam bagi Sarawak. Seluruh negeri Sarawak masih dalam kesedihan dan berkabung atas kematian Tan Sri Adenan Satem yang meninggal tiga hari sebelum itu, Pada...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Roosfa Hashim, 1962-, author 341436
Format: manuscriptcartographic
Language:may
Published: Shah Alam, Selangor : Reka Cetak Sdn. Bhd., 2024
Description
Summary:Pada 13 Januari 2017, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Abang Openg yang lebih dikenali sebagai Abang Jo dilantik sebagai Ketua Menteri keenam bagi Sarawak. Seluruh negeri Sarawak masih dalam kesedihan dan berkabung atas kematian Tan Sri Adenan Satem yang meninggal tiga hari sebelum itu, Pada usia 66 tahun ketika itu, perjalanan politik Abang Jo sudah mencecah 36 tahun sejak beliau memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Satok pada 1981. Beliau meneruskan legasi ayahandanya Tun Abang Haji Openg, iaitu Yang di-Pertua Negeri Sarawak pertama selepas Sarawak mencapai kemerdekaan pada 1963. Mentua beliau, Tuanku Bujang bin Tuanku Othman pula adalah Yang di-Pertua Negeri Sarawak yang kedua. Sungguhpun lahir dan membesar daripada latar belakang keluarga ternama di Sarawak, perjalanan politik Abang Johari bukanlah lancar dan mudah. Abang Jo terselamat dalam peristiwa 'Ming Court' dan sejak itu langkah beliau dalam politik cukup cermat, memerlukan beliau bersabar dan bertenang, mengalah dan menanti saat yang sesuai yang pada akhirnya telah menghantar beliau ke tempat paling tinggi dalam politik Sarawak.