总结: | Telah banyak manusi aketahui tentang alam semesta dari lohong hitam, bintang-bintang dan galaksi-galaksi hinggalah sifat ruang-masa yang amat unik. Namun, lebih banyak rahsia yang masih belum diketahui seperti misteri tanaga gelap, jirim gelap dan ramalan penghancuran alam. Sekecil-kecil dunia kuantum telah menjadi dasar untuk manusia memahami realiti dan blok-blok asas kejadian. Dunia kuantum meneroka daya-daya dan tenaga yang menjadi jentera untuk menggerakkan pelbagai jenis fenimena alam yang menakjubkan. Manusia terus maju ke hadapan untuk bergerak lebih jauh dengan pelbagai aspirasi yang mengagumkan, bermula daripada membina tamadun galaksi, menuju ke masa hadapan, bergerak melebihi kelajuan cahaya hinggalah cita-cita mencari tamadun asing.
|