Summary: | Pembandaran Kolonial & Penghapusan Bangsa Melayu di Malaysia : Kajian implikasi kolonialisme British ke atas ketamadunan bangsa Melayu dalam pelbagai aspek sentiasa berkembang sehingga ke hari ini. Namun kajian terhadap implikasi strategi pembandaran kolonialisme British masih sedikit dan terpisah-pisah sedangkan bandar merupakan pusat seluruh sistem kehidupan manusia. Proses pembandaran mencakupi semua dimensi pembangunan tamadun dan membawa impak kepada survival kuasa dan kewujudan sesebuah bangsa. Penulisan ini mengkaji strategi pembandaran kolonial oleh British dan implikasinya terhadap penghapusan bangsa Melayu di Malaysia. Kajian ini melakukan penelitian terhadap kajian-kajian kes pembersihan etnik, genosid dan penghapusan bangsa yang telah berlaku di pelbagai tempat. Seterusnya, kajian kes terhadap mekanisme pembandaran kolonial dan implikasinya terhadap penghapusan bangsa Melayu telah dilakukan ke atas bandaraya Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Melaka dan Kuala Terengganu.
|