HIMPUNAN SOLAT-SOLAT SUNAT /

Di samping kita menunaikan solat yang fardhu, kita sangat digalakkan untuk memperbanyak menunaikan solat sunat. Sebagaimana yang kita telah ketahui, bahawa terdapat sebahagian solat sunat yang sangat dituntut untuk dilaksanakan yang disebut sebagai sunat muakkad dan sebahagian yang lain dikategorika...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Mohammad Zaki Yahpar Al-Yahya, author 654500
Format: text
Language:may
Published: Selangor : PUSTAKA ILMUWAN, 2012
Description
Summary:Di samping kita menunaikan solat yang fardhu, kita sangat digalakkan untuk memperbanyak menunaikan solat sunat. Sebagaimana yang kita telah ketahui, bahawa terdapat sebahagian solat sunat yang sangat dituntut untuk dilaksanakan yang disebut sebagai sunat muakkad dan sebahagian yang lain dikategorikan sebagaikan sunat ghair muakkad. Sunat muakkad dengan maksudnya bahawa Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat sunat ini. Solat dapat mendekatkan diri kepada kepada Allah SWT. Solat juga merupakan wasilah atau penghubung kita dengan Allah Rabbul 'Izzah. Jika dengan sesama manusia, kita berhubung melalui telefon, atau komputer tetapi dengan Allah SWT, kita berhubung secara terus dengan Dia. Maka atas sebab itu juga, kita perlu memelihara diri dan memastikan kita memakai pakaian yang indah. Komunikasi kita dalam solat telah ditetapkan sebanyak lima kali sehari, bahkan ditambah lagi dengan solat-solat sunat yang lain. maka, barangsiapa yang berasa rindu untuk berkomunikasi dengan Allah SWT, maka dia pasti akan melakukan banyak solat sunat. Mereka dapat merasa keindahan dan kelazatan ibadah yang mereka lakukan. Manakala bagi orang yang tidak mnerasai kelazatan itu, mereka hanya melaksnakan yang wajib bahkan sesetengahnya meninggalkan terus kefardhuan itu.