SASTERAWAN NEGARA Bibliografi SITI ZAINON ISMAIL : Kembara seni berpadu dalam puisi dan prosa /

Penerbitan Bibliografi Sasterawan Negara (SN) Profesor Datuk Dr. Siti Zainon Ismail merupakan usaha dan komitmen Pusat Dokumentasi Melayu (PDM), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam mengumpul dan mempromosi karya-karya Sasterawan Negara sebagai sumber maklumat dan rujukan yang efisien dalam membantu...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Fatin Nadhirah Rafeek Ahmad, editor 654774, Salim Md. Zin, editor 654775, Aimi Umaimah Hashim Musaimi, editor 654776, Che Rabitah Che Omar, editor 654777
Format: text
Language:may
Published: Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 2024
Description
Summary:Penerbitan Bibliografi Sasterawan Negara (SN) Profesor Datuk Dr. Siti Zainon Ismail merupakan usaha dan komitmen Pusat Dokumentasi Melayu (PDM), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam mengumpul dan mempromosi karya-karya Sasterawan Negara sebagai sumber maklumat dan rujukan yang efisien dalam membantu para penyelidik khususnya para sarjana kesusasteraan Melayu. Profesor Datuk Dr. Siti Zainon Ismail merupakan Sasterawan Negara Malaysia ke-14 (2019) dan penerima Anugerah Penulisan Asia Tenggara (S.E.A. Write Award) pada tahun 1989. Beliau merupakan seorang pengarang, penyair, pengkaji seni budaya warisan Melayu, seniman dan pelukis yang mempunyai riwayat yang panjang dalam bidang penulisan seni sastera, budaya dan akademik. Kecemerlangan, ketokohan dan sumbangan beliau terhadap kesusasteraan Melayu, bahasa dan budaya diiktiraf melalui pelbagai anugerah dari dalam dan luar negara. Penerbitan bibliografi ini merupakan satu penghargaan kepada SN Profesor Datuk Dr. Siti Zainon Ismail terhadap sumbangan beliau dalam bidang kesusasteraan dan menyebarluaskan kajian oleh tokoh-tokoh sastera terhadap karya beliau.