Summary: | 101 PERSPEKTIF Abang Johari diterbitkan sempena ulang tahun ketujuh Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sebagai Premier Sarawak. la menghimpunkan kata-kata terbaik daripada 101 individu daripada pelbagai latar belakang yang mampu merakamkan komen dan pandangan mereka mengenai kepimpinan beliau dalam tempoh tujuh tahun. Kata-kata yang dipilih ini bertujuan menyampaikan mesej dan maklumat penting mengenai politik, falsafah politik, prinsip kepimpinan, dasar dan inisiatif beliau. Petikan dalam buku ini adalah ringkas dan padat, mencerminkan inti pati dan hikmah perjalanan politiknya yang membawa Sarawak ke era yang lebih dinamik, progresif dan makmur menjelang 2030. Petikan berkenaan perlu difahami dan dihargai oleh pemimpin politik, penjawat awam, generasi muda dan masyarakat umum secara keseluruhannya.
|