KONFLIK DI TIMUR DUNIA ISYARAT BAKAL LAHIR : KHALIFAH AKHIR ZAMAN /

Konflik dunia yang terjadi selepas kewafatan Nabi SAW yang bermula di Timur Tengah, Asia Barat dan juga di Timur Dunia adalah petanda awal isyarat kebangkitan semula Islam pada akhir zaman. Pelbagai kejadian telah diriwayatkan dalam hadis. Antara peristiwa terdekat dengan kita di kurun ini ialah per...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Jaafar Salleh, 1951-, author 340134
Format: text
Language:may
Published: Petaling Jaya, Selangor : Hijjaz Records Publishing, 2023
Subjects:
Description
Summary:Konflik dunia yang terjadi selepas kewafatan Nabi SAW yang bermula di Timur Tengah, Asia Barat dan juga di Timur Dunia adalah petanda awal isyarat kebangkitan semula Islam pada akhir zaman. Pelbagai kejadian telah diriwayatkan dalam hadis. Antara peristiwa terdekat dengan kita di kurun ini ialah pergolakan dan konflik di Ukraine, sebuah negara yang terletak di Timur Eropah, ia disorot oleh para peneliti hadis akhir zaman sebagai isyarat awal bakal lahir khalifah akhir zaman seperti mana yang disebut oleh Rasulullah SAW iaitu Al-Mahdi, Nabi Isa dan Al-Qahtani. Sebelum kemunculan mereka, lahir tokoh-tokoh pejuang Islam akhir zaman bermula dari Timur. Dicelah-celah rentetan peristiwa itu, muncul Al-Sufyani pencabar Islam tegar, namum selepas di berjaya dikalahkan oleh sekelompok pejuang yang memilik karomah. Kelompok itu juga berjaya menawan kota Istanbul hanya dengan takbir. Selanjutnya, dunia terus diisi oleh "jadual Allah" menepati Yang termaktub di Luh Mahfuz, ada yang belum terjadi, tetapi petandanya telah mula terjadi peringkat demi peringkat. Antaranya, terjadi pembunuhah 3 orang anak Khalifah, muncul bangsa "mata sepet" perangi Islam, bangsa Rum mengikat perjanjian damai dengan Islam, kemudian belot, lalu tercetus perang "besar dunia", Islam berjaya mengalahkan Rum serta sekutunya yang menjadi "musuh dalam selimut" umat Islam. Diikuti terbunuhnya Dajal dan sekutunya hancur. Dunia aman, Islam mendominasi semula dunia dengan "Sistem Kekhalifahan" hinggalah terjadi kiamat. Segala-galanya dipaparkan dalam buku ini.