Pragmatik TEORI dan PRAKTIS /

Kajian makna sangat menarik. Makna bukan sahaja bersifat harfiah, malah mengandungi banyak elemen bukan linguistik. Elemen bukan linguistik ini mesti dikaitkan dengan makna harfiah agar makna yang hendak ditafsir menjadi sempurna. Elemen makna bukan linguistik ini dimasukkan di bawah disiplin ilmu p...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Nor Hashimah Jalaluddin, author 222063
Format: text
Language:may
Published: Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2022
Description
Summary:Kajian makna sangat menarik. Makna bukan sahaja bersifat harfiah, malah mengandungi banyak elemen bukan linguistik. Elemen bukan linguistik ini mesti dikaitkan dengan makna harfiah agar makna yang hendak ditafsir menjadi sempurna. Elemen makna bukan linguistik ini dimasukkan di bawah disiplin ilmu pragmatik. Jadi, semantik kekal maknanya pada tahap logik yang menghasilkan makna harfiah, manakala pragmatik menyumbang kepada makna yang sempurna dengan memasukkan elemen bukan lingusitik. Peranan pragmatik tidak terhenti setakat itu sahaja. Apabila semantik dan pragmatik digabungkan, pengguna akan turut dapat mengaitkannya dengan pemikiran, iaitu kognitif pengguna bahasa. Proses makna di ruang mental akan diperkaya dengan elemen bukan linguistik yang dibekalkan oleh pragmatik. Dengan itu, tafsiran makna akan menjadi lebih realistik. Buku ini sarat dengan teori ilmu pragmatik bagi memberikan gambaran tentang perkembangan bidang ilmu ini. Buku ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu bahagian teori dan bahagian aplikasi. Pengaplikasian teori ini dalam pelbagai jenis data membantu meningkatkan pemahaman pembaca. Buku ini sangat sesuai dibaca oleh ahli bahasa, para siswazah, pascasiswazah dan penyelidik bahasa. Penghasilan buku ini menambahkayakan lagi khazanah ilmu linguistik di Malaysia.