Summary: | Beliau merupakan wanita Islam yang ulung pada zamannya. Bapanya bernama Imran bin Yasyim, manakala ibunya bernama Hannah binti Fakhud. Hannah merupakan saudara kandung isteri Nabi Zakaria AS. Sejak kecil, beliau dididik oleh Nabi Zakaria AS dengan ilmu tauhid. Beliau menyerahkan seluruh hidupnya untuk beribadah kepada Allah SWT. Allah SWT mengangkat darjat beliau sehingga menjadikan namanya satu daripada surah di dalam al-Quran iaitu Surah Maryam, surah ke-19 daripada 114 surah di dalam al-Quran. Allah SWT berfirman di dalam Surah Ali Imran ayat 42 yang bermaksud: "Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika malaikat berkata: Wahai Maryam! Sesungguhnya Allah telah memilihmu, dan mensucikanmu, dan telah memilihmu (beroleh kemuliaan) melebihi perempuan-perempuan seluruh alam (yang sezaman denganmu)." Ini kisah Maryam binti Imran, ibu kepada Nabi Isa AS yang dijanjikan syurga. Semoga ketaatan Maryam dalam beribadah menjadi teladan kepada kita semua.
|