GLOSARI PENGAJIAN PENTERJEMAHAN /

Pengajian penterjemahan merupakan disiplin ilmu yang mengkaji pemindahan maklumat sama ada dalam bentuk bertulis atau dalam bentuk lisan daripada bahasa sumber kepada bahasa sasaran. Pengajian penterjemahan menjadi bidang pengajian yang rumit sifatnya kerana merentasi pelbagai disiplin ilmu seperti...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Goh, Sang Seong, editor 361707
Format: text
Language:may
Published: Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 2020
Description
Summary:Pengajian penterjemahan merupakan disiplin ilmu yang mengkaji pemindahan maklumat sama ada dalam bentuk bertulis atau dalam bentuk lisan daripada bahasa sumber kepada bahasa sasaran. Pengajian penterjemahan menjadi bidang pengajian yang rumit sifatnya kerana merentasi pelbagai disiplin ilmu seperti linguistik, pengajian budaya, psikologi, komunikasi dan ilmu bidang teks. Penguasaan istilah menjadi pengetahuan penting untuk seseorang penterjemah, jurubahasa, penyelidik atau pelajar untuk menyelusur teori dan prinsip pengajian penterjemahan. Sehubungan dengan itu, buku ini menghimpunkan istilah utama dalam bidang pengajian penterjemahan. Buku ini disusun mengikut abjad istilah bahasa Melayu yang diikuti dengan padanan dalam bahasa Inggeris. Usaha ini untuk mengisi lompang dalam kepustakaan pengajian penterjemahan berbahasa Melayu. Diharapkan buku ini berupaya menjadi rujukan perintis khususnya kepada pelajar, pensyarah dan penyelidik dalam bidang pengajian penterjemahan, penterjemah dan jurubahasa. Sesungguhnya, masih terdapat ruang penambahbaikan dalam buku ini. Diharapkan para pelajar dan pengkaji pengajian penterjemahan dapat terus memberikan sumbangan dalam bidang ini.