Summary: | Siti Zainon Ismail berminat dalam bidang penulisan sejak kecil lagi. Beliau membaca, menghayati dan menulis kembali ungkapan menarik dan kata-kata hikmat tokoh seperti Leo Tolstoy, Ernest Hemingway, Raffles, Nehru, Tagore dan H. B Jasin dalam buku nota yang sering dibawa ke mana-mana sahaja. Kebanyakan puisi beliau termuat dalam antologi seperti Nyanyian Malam (1976), Puisi Putih Seorang Kekasih (1984), Perkasihan Subuh (1986) dan Daun-daun Muda (1986). Siti Zainon Ismail telah mendapat pelbagai pengiktirafan antaranya termasuklah Hadiah Lukisan Batik M.A.H.A (1967/1968), Hadiah Sketsa Kartini (1971), Hadiah Karya Sastera (1974), Hadiah Sastera Malaysia (1984/1985), (1986/1987), Hadiah Sastera Islam Kelantan (1985), Hadiah Cerpen Maybank - DBP (1995/1996/1997) dan Hadiah Esei Dewan Sastera (1988).
|