SARJANA ke PEMIKIR SOSIAL : SUATU LONJAKAN AKADEMIK /

Penerbitan buku ini bertitik tolak daripada iltizam untuk mengangkat peranan sebenar kumpulan sarjana di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) sebagai pemikir sosial yang dapat membumi, iaitu memberi impak kepada pembangunan negara dan kesejahteraan masyarakat. Seorang Profesor Diraja dan lima Profesor...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Izani Mohd Zain, editor 581324, Muhammad Abd Hadi Bunyamin, editor 531301, Akmar Hayati Ahmad Ghazali, editor 656426
Format: text
Language:may
Published: Serdang, Selangor : Penerbit Universiti Putra Malaysia, 2024
Description
Summary:Penerbitan buku ini bertitik tolak daripada iltizam untuk mengangkat peranan sebenar kumpulan sarjana di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) sebagai pemikir sosial yang dapat membumi, iaitu memberi impak kepada pembangunan negara dan kesejahteraan masyarakat. Seorang Profesor Diraja dan lima Profesor Ulung yang yang dicerakin dalam buku ini merupakan ikon dan suri teladan sekali gus menjadi lambang kekuatan ahli akademik tulen. Dari segi konsepnya, mereka bukan lagi semata-mata menjadi 'milik' institusi yang diwakilinya, tetapi kepunyaan negara yang wajar dikongsi kepakaran oleh kerajaan, pihak berkepentingan dan seluruh rakyat Malaysia. Buku ini juga menyerlahkan pencapaian dan sumbangan penting Profesor Diraja dan Profesor Ulung dan impaknya kepada pembangunan negara. Apa yang jelas, analisis dalam buku ini sangat bermakna khususnya kepada kumpulan ahli akademik muda bahawa peranan mereka bukan sahaja penting untuk mencapai kecemerlangan akademik, tetapi memanfaatkan hasil penerokaan ilmu untuk kepentingan negara dan masyarakat. Inilah pemikiran utama yang cuba dizahirkan dalam buku ini bahawa sumbangan ahli akademik sewajarnya melangkaui rutin dan tugasan akademik biasa. Menjadi seorang sarjana dan kemudiannya pemikir sosial sebagai suatu lonjakan akademik.