Penerimaaan swasta terhadap lepasan Sekolah Menengah Vokasional jurusan elektrik/
Penerimaam Swasta Terhadap Lepasan Sekolah Menengah Vokasional. Dalam Jurusan Elektrik adalah tajuk pilihan penyelidik. Memang tidak dapat dinafikan bahawa pihak swasta memainkan peranan penting dalam membantu kerajaan dengan menyediakan peluang-peluang pekerjaan kepada rakyat. Peranan Swasta dalam...
主要作者: | |
---|---|
格式: | |
出版: |
1991
|
主题: |
总结: | Penerimaam Swasta Terhadap Lepasan Sekolah Menengah Vokasional. Dalam Jurusan Elektrik adalah tajuk pilihan penyelidik. Memang tidak dapat dinafikan bahawa pihak swasta memainkan peranan penting dalam membantu kerajaan dengan menyediakan peluang-peluang pekerjaan kepada rakyat. Peranan Swasta dalam pembangunan dan kemajuan negara amat besar dan tidak boleh diperkecilkan. Kementerian Pendidikan Bahagian Teknik dan Vokasional pula berperanan sebagai egen penyedia dan pembekal ilmu pengetahuan kepada bakal pengisi peluang-peluang pekerjaan yang disediakan oleh pihak swasta itu. Pengembelingan antara kedua pihak kerajaan dan swasta pasti menghasilkan tahap kecemerlangan mutu kerja dan daya pengeluaran negara. Kajian ini dibuat dengan bertujuan mengetahui sejauh mana penerimaan dan kehendak serta komen pihak swasta terhadap Lepasan Vokasional khusus dalam jurusan elektrik. Apakah selama ini kurikulum yang diprogramkan dan dilaksanankan oleh pihak Kementerian Pendidikan Teknik dan Vokasional di Malaysia dapat memenuhi hasrat permintaan yang diperlukan oleh pihak Swasta?.Pengkajian ini dapat membuktikan sejauhmana pihak swasta peka terhadap latar belakang pendidikan tenaga pekerja mereka sewaktu pengambilan lepasan vokasional atau akademik sastera. Apakah pula komen majikan pihak swasta terhadap kemampuan, kebolehan serta nilai etika kerja lepasan vokasional dan apakah pula kelemahan-kelemahan mereka. Tinjauan juga dapat dibuat sama ada pihak swasta berpuas hati dengan prestasi kerja lepasan vokasional dan sejauh manakah peluang kenaikan pangkat dan insentif yang dikurniakan kepada mereka sebagai ganjaran dalam konsep cemerlang.Kajian ini akan dapat membantu pihak Kementerian Pendidikan, Bahagian Teknik dan Vokasional mengemaskinikan kurikulum penddidikan teknik dan vokasional dalam jurusan elektrik agar ianya selari dan secocok dengan kehendak-kehendak dan permintaan pihak swasta pada masa-masa akan datang. |
---|