الملخص: | Kajiselidik ini bertujuan untuk mengenalpastikan beberapa masalah pembelajaran Trigonometri bagi pelajar-pelajar sekolah menengah. Masaalah utama yang dikaji ialah dari segi penguasaan konsep dan penggunaan pengetahuan yang ada untuk menyelesaikan masalah. Sukatan tajuk yang digunakan untuk Trigonometri kajiselidik ini berasaskan aras tingkatan empat. Sampel yang terlibat ialah pelajar-pelajar U.T.M. tahun satu. Kaedah kajiselidik ialah memberikan satu set soalan Trigonometric yang dibina oelh penyelidik untuk pelajar-pelajar menjawab dan seterusnya analisa dilakukan terhadap jawapan-jawapan pelajar. Daripada analisi jawapan pelajar, didapati masalah-masalah utama yang dihadapi oleh pelajar dalam pembelajaran topik Trigonometri ialah penguasaan konsep sudut berkait serta aplikasinya, kekeliruan antara darjah dan radian, penghafalan sesuatu rumus tanpa memahami konsep yang menerbitkannya, lemah dalam mengumpulkan semua maklumat yang ada untuk menyelesaikan masalah.
|