Kebiasaan belajar dan sikap belajar pelajar-pelajar Diploma Kejuruteraan Awam tahun kedua, Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur /

Tujuan penyelidikan ini ialah untuk meninjau Kebiasaan Belajar dan Sikap Belajar penuntut-penuntut. Kebiasaan Belajar terbahagi kepada dua bahagian iaitu Pengelakan Lambat dan Kaedah Kerja. Pengelakan Lambat menggambarkan cara penggunaan masa untuk belajar. Kaedah Kerja pula mencerminkan cara-car...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: 248900 Abdul Hamid Awang, Universiti Malaya
Format:
Language:may
Published: Kuala Lumpur : Universiti Malaya, 1977
Subjects:
Description
Summary:Tujuan penyelidikan ini ialah untuk meninjau Kebiasaan Belajar dan Sikap Belajar penuntut-penuntut. Kebiasaan Belajar terbahagi kepada dua bahagian iaitu Pengelakan Lambat dan Kaedah Kerja. Pengelakan Lambat menggambarkan cara penggunaan masa untuk belajar. Kaedah Kerja pula mencerminkan cara-cara belajar dan cara penyelesaian kerja-kerja akademik yang menjadi Kebiasaan pelajar-pelajar itu. Sikap Belajar juga terbahagi kepada dua bahagian iaitu Persetujuan Pensyarah dan Penerimaan Pelajaran. Persetujuan Pensyarah menggambarkan sikap penuntut-penuntut terhadap pensyarah-pensyarah mereka. Penerimaan Pelajaran pula mencerminkan sikap penuntut-penuntut dalam pengajian mereka di Universiti itu. Sikap-sikap tersebut adalah positif atau negatif. Sikap terhadap pengajian secara tidak langsung menggambarkan penggerakan belajar penuntut-penuntut tersebut. Gabungan angkubah-angkubah Pengelakan Lambat, Kaedah Kerja, Persetujuan Pensyarah dan Penerimaan Pelajaran mencerminkan Orientasi Belajar penuntut-penuntut semasa berada di Universiti itu. Design yang digunakan dalam penyelidikan ini ialah ANOVA sehala. Beberapa perbandingan dilakukan antara kumpulan-kumpulan yang ditetapkan oleh angkubah-angkubah bebas. Perbandingan antara kumpulan-kumpulan adalah seperti berikut: (i) Perbandingan antara Kumpulan Pencapaian Tinggi dan Kumpulan Pencapaian Rendah. (ii) Perbandingan antara Kumpulan Lelaki dan Kumpulan Wanita. (iii) Perbandingan antara Kumpulan penuntut-penuntut berasal dari Aliran Melayu dan Aliran Inggeris. Angkubah-angkubah bergantung yang digunakan dalam penyelidikan ini ialah: (i) Orientasi Belajar (study orientation); (ii) Kebiasaan Belajar (study habits); (iii) Pengelakan Lambat (delay avoidance); (iv) Kaedah Kerja (work methods); (v) Sikap Belajar (study attitudes); (vi) Persetujuan Pensyarah (lecturer approval); (vii) Penerimaan Pelajaran (education acceptance). Analisa peratusan dan kekerapan berdasarkan kategori jawapan-jawapan penuntut-penuntut kepada item-item dalam tiap-tiap bahagian di atas telah juga dilakukan. Keputusan matapelajaran Sains dan Ilmu Hisab dalam Peperiksaan MCE/SPM penuntut-penuntut digunakan sebagai latarbelakang akademik mereka. Ini dikaitkan dengan peringkat pencapaian akademik pelajar-pelajar dan angkubah-angkubah yang lain. Penyelidikan ini dijalankan di Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur. Penuntut-penuntut yang dijadikan contoh dalam penyelidikan ini terdiri daripada penuntut-penuntut Diploma Kejuruteraan Awam, Tahun Kedua. Seramai 159 orang daripada sejumlah 161 telah mengambil bahagian. Mereka terdiri dari 123 orang lelaki dan 36 orang wanita. Penyelidikan ini menggunakan soalselidik 'Survey of Study Habits and Attitudes (SSHA) - Form C', 1965 oleh Brown W.F. dan W.H. Holtzman yang telah diterjemahkan ke Bahasa Malaysia. Soalselidik tersebut disampaikan secara berkumpulan. Penyelidikan ini menunjukkan : (i) Angkali pertalian antara Orientasi Belajar dengan pencapaian akademik penuntut-penuntut ialah r = .48; (ii) Perbandingan antara Kumpulan Pencapaian Tinggi dan Kumpulan Pencapaian Rendah dalam Pengelakan Lambat, Kaedah Kerja, Persetujuan Pensyarah, Penerimaan Pelajaran, Kebiasaan Belajar, Sikap Belajar dan Orientasi Belajar telah menunjukkan kesemuanya signifikan ( = .05). (iii) Perbandingan antara Kumpulan Lelaki dan Kumpulan Wanita menunjukkan hanya tiga angkubah yang signifikan dan empat tidak signifikan ( = .05). Angkubah-angkubah yang signifikan ialah Sikap Belajar, Persetujuan Pensyarah dan Penerimaan Pelajaran. Angkubah-angkubah yang tidak signifikan pula ialah Kebiasaan Belajar, Pengelakan Lambat, Kaedah Kerja dan Orientasi Belajar. (iv) Perbandingan antara Kumpulan Aliran Melayu dan Kumpulan Aliran Inggeris mengenai Kebiasaan Belajar, Pengelakan Lambat, Kaedah Kerja, Sikap Belajar, Persetujuan Pensyarah, Penerimaan Pelajaran dan Orientasi Belajar menunjukkan kesemuanya tidak signifikan ( = .05). (v) Perbandingan latarbelakang akademik antara Kumpulan