Summary: | Tujuan projek ini adalah untuk menghasilkan satu senarai buku modul bagi tajuk penjelmaan yang isometri iaitu Translasi, Pantulan dan Putaran untuk murid tingkatan 4 dan 5. Buku modul ini adalah merupakan satu bahan tambahan atau untuk menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran. Ia mengambilkira perbezaan individu dari segi matlamat, kadar pembelajaran, kebolehan serta gaya pembelajaran. Tambahan pula, modul ini menekankan kepada tiga aspek yang penting iaitu kognitif, psikomotor dan afektif. Ini selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan yang ingin melahirkan individu yang kreatif dan agresif serta mempunyai akhlak yang baik. begitu juga, ia sesuai dengan program Kurikulum bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang mementingkan perbezaan individu. Oleh itu, ia sesuai digunakan oleh guru sebagai satu bantuan pengajaran untuk murid yang mempunyai kebolehan serta kemahiran yang berbeza. Untuk murid pula, ia memberi peluang kepada mereka untuk meningkatkan bakat, minat dan daya kreatif mengikut keperluan pembelajaran iaitu seperti kata pepatah orang Cina 'Saya dengar dan saya lupa; saya lihat dan saya ingat; saya buat dansaya faham'.
|