Penyelarasan kurikulum STP yang ditawarkan di UTM dengan kurikulum kejuruteraan yang ditawarkan di sekolah menengah teknik dan vokasional/

Masalah Kajian : Tujuan kajian ini ialah pertama untuk mengetahui samada kurikulum S.T.P. di U.T.M. mempunyai keselarasan dengan kurikulum yag ditawarkan di Sekolah menengah Teknik dan Vokasional. Kedua, untuk mengetahui sejauh mana pengetahuan yang di dapati dari kursus S.T.P. dapat digunakan di Se...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 327998 Jaludin Rashid
Format:
Published: 1991
Subjects:
Description
Summary:Masalah Kajian : Tujuan kajian ini ialah pertama untuk mengetahui samada kurikulum S.T.P. di U.T.M. mempunyai keselarasan dengan kurikulum yag ditawarkan di Sekolah menengah Teknik dan Vokasional. Kedua, untuk mengetahui sejauh mana pengetahuan yang di dapati dari kursus S.T.P. dapat digunakan di Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional. Ketiga samada para pelajar S.T.P. dapat mengikuti kurikulum S.T.P sebagiamana kehendak dan objektif fakulti dan adakahkurikulum tersebut dapat memenuhi kehendak dan objektif Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional. Metodologi : Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik yang terdiri daripada 5 bahagian. Bahagian A, mengandungi 6 item mengenai latarbelakang respondan, bahagian B mengandungi 6 item, bahagian c mengandungi 6 item, bahagian D mengandungi 9 item manakala bahagian E mengandungi 3 bahagian. Disamping itu juga, dalam soal selidik ini respondan telah diberi peluang untuk membuat kesimpulan keatas kurikulum yang mereka ikuti dalam kursus S.T.P. Sebanyak 110 soal selidik telah diedarkan kepada pelajar di Kampus Skudai dan Jalan Semarak dan 47 soal selidik telah dikembalikan. Data yang diterima telah dianalisis dengan pengiraan secara peratusan. Keputusan telah dibuat berdasarkan kepada analisis tersebut. Temubual dengan Prof. Madya Abdul Manab Bin Junit telah dijalankan sebagai bahan tambahan dalam kajian inimemandangkan beliau adalah salah seorang ahli jawatankuasa perancang program S.T.P. Temubual ini dibuat untuk menentukanv garis panduan pembentukan soal selidik. Dapatan : Daripada keputusan analisis data, secara keseluruhan, didapati keselarasan kurikulum S.T.P. dengan kurikulum yang ditawarkan di Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional adalah menyimpang daripada keselarasannya. Hasil keputusan dalam kajian ini menunjukkan :- (a) Aspek-aspek kurikulum kejuruteraan di dalam kursus S.T.P., kesukarannya dan tiada kesinambungan pengetahuan sedia ada pelajar adalah pengaruh kepada ketidakselarasan kurikulum tersebut. (b) Kurikulum S.T.P. itu sendiri tidak dapat memenuhi kehendak kurikulum yang ditawarkan di Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional. (c) Perancangan program S.T.P. itu sendiri dengan jelas tidak menampakkan ke arah penyediaan tenaga pengajar Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional berdasarkan objektif penubuhan sekolah tersebut.