Pengukuran dan penilaian : pemprosesan jawapan ujian objektif serta analisis item secara berkomputer/

Penilaian adalah penting dalam menunjukkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk menilai, guru memerlukan alat pengukuran bagi menentukan peringkat pencapaian pelajar. Lantaran itu, ujian disediakan untuk tujuanpengukuran dan penilaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Lazim...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 328353 Poon, Cheng Yit
Format:
Published: 1991
Subjects:
Description
Summary:Penilaian adalah penting dalam menunjukkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk menilai, guru memerlukan alat pengukuran bagi menentukan peringkat pencapaian pelajar. Lantaran itu, ujian disediakan untuk tujuanpengukuran dan penilaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Lazimnya, setelah ujian diperiksa dan keputusan pelajar direkodkan, ujian tersebut akan diketepikan atau disimpan untuk kegunaan masa hadapan. Namun, terdapat maklumat penting mengenai hasil pengajaran-pembelajaran dan ciri-ciri item ujian yang dapat diperolehi daripada analisis respon pelajar terhadap setiap item ujian. Analisis item merupakan teknik yang boleh digunakan oleh guru untuk menentukan kebaikan dan kelemahan item ujian berdasarkan maklumat berikut : (a) Indeks kesukaran item ujian. (b) Indeks diskriminasi item ujian. (c) Corak respon pelajar terhadap setiap item ujian. Memandangkan kerja analisis item agak cerewet, projek saya ini dapat membantu guru memproses jawapan ujian objektif pelajar serta menjalankan analisis item ujian dengan bantuan komputer. Pemprosesan analisis item yang cekap dan pantas ini akan dapat membantu pihak guru untuk mempertingkatkan taraf ujian di sekolah agar semua pelajar mendapat manfaatnya. Di samping itu, pelaksanaan projek ini di sekolah akan dapat mengurangkan beban kerja para guru agar mereka dapat menumpukan lebih banyak masa di dalam kelas.