Penyelesaian masalah dalam kimia/

Pelajar yang dapat menyelesaikan masalah dikatakan telah mencapai bentuk pembelajaran yang tertinggi di dalam Hierarki Kemahiran Intelek Gagne (1965). Apa yang dimaksudkan dengan penyelesaian masalah?. Secara ringkas, penyelesaian masalah adalah suatu keadaan di mana seseorang itu mempunyai satu ara...

Szczegółowa specyfikacja

Opis bibliograficzny
1. autor: 329486 Rozaimi Marppi
Format:
Wydane: 1991
Hasła przedmiotowe:
Opis
Streszczenie:Pelajar yang dapat menyelesaikan masalah dikatakan telah mencapai bentuk pembelajaran yang tertinggi di dalam Hierarki Kemahiran Intelek Gagne (1965). Apa yang dimaksudkan dengan penyelesaian masalah?. Secara ringkas, penyelesaian masalah adalah suatu keadaan di mana seseorang itu mempunyai satu arah yang hendak dicapai tetapi jalan penyelesaiannya dihalangi. Kemahiran dalam penyelesaian masalah kini telah menjadi objektif asas dalam pengajaran sains khususnya kimia. Walau bagaimanapun, seseorang yang mempunyai cukup ilmu pengetahuan dan kemahiran tidak semestinya berjaya dalam menyelesaikan sesuatu masalah. (Selvaratnam dan Fraser, 1982). Walaupun manfaat 'penyelesaian masalah' sebagai alat pendidikan telah lama dikenal pasti, hanya kebelakangan inisahaja pengajaran kemahiran penyelesaian masalah yang berkesan, teknik dan prosedurnya dititikberatkan. Pengajaran yang sedemikian adalah mustahak jika pelajar hendak menyelesaikan masalah yang timbul di dalam keadaan baru atau keadaan yang tidak biasa. Di dalam sorotan kajian ini, aspek penyelesaian masalah yang berbeza adalah dikaji. Tetapi penekanan diberi kepada kesukaran berhubung dengan penyelesaian masalah, strategi dan pendekatan penyelesaian masalah oleh beberapa orang penulis serta pengajaran penyelesaian masalah