Tanggapan pelajar terhadap pembelajaran matematik bagi pelajar di Daerah Tumpat/

Matematik merupakan satu mata pelajaran yang amat penting terutama di masa negara kita. Malaysia sedang menuju ke era perindustrian. Matematik akan melahirkan individu yang berfikiran secara sistematik, logis dan teratur. Di sekolah didapati seseorang pelajar itu mempunyai sikap, tanggapan dan peras...

Description complète

Détails bibliographiques
Auteur principal: 338133 Wan Melor Yusoff
Format:
Publié: 1991
Sujets:
Description
Résumé:Matematik merupakan satu mata pelajaran yang amat penting terutama di masa negara kita. Malaysia sedang menuju ke era perindustrian. Matematik akan melahirkan individu yang berfikiran secara sistematik, logis dan teratur. Di sekolah didapati seseorang pelajar itu mempunyai sikap, tanggapan dan perasaan yang berbeza terhadap matematik. Untuk mengetahui sejauh mana penerimaan danpenghayatan pelajar terhadap matematik, satu kajian telah dijalankan. Dalam kajian ini yang berbentuk tinjauan akan dapat melihat tanggapan pelajar terhadap mata pelajaran matematik, guru matematik, kaedah pengajaran guru, pengendalian pengajaran, minat pelajar, ibubapa dan persekitaran. Selain daripada itu akan diperolehi maklum balas tentang masa belajar, cara belajar, pencapaian akademik keluarga dan pendapatan ibubapa. Kajian ini dijalankan di empat buah sekolah menengah di daerah Tumpat yang melibatkan 199 orang pelajar di tingkatan empat. Instrument kajian adalah berupa soal selidik yang mengandungi 70 item. Daripada kajian ini didapati pelajar menganggap matematik adalah satu mata pelajaran yang penting dan berguna. Tidak terdapat perbezaan yang ketara tentang tanggapan di antara pelajar dari aliran Sains dan sastera terhadap matematik. Minat dan sikap pelajar juga dipengaruhi oleh sikap guru, kaedah pengajaran guru serta alam sekitar mereka. Diharapkan dengan adanya kajian ini dapatilah para pendidik dan penggubal kurikulum matematik menjadikannya sebagai panduan untu memperbaiki lagi pendidikan matematik di negara ini di masa hadapan.