Summary: | Projek ini merupakan satu projek mereka bentuk ujikaji fizik yang sesuai untuk pelajar tahun dua atau tiga di peringkat universiti. Empat modul ujikaji telah dihasilkan dalam tesis ini yang terdiri dari tajuk Osilasi dan Resonan, Pecutan Objek yang Jatuh Bebas, Perlanggaran Dalam Dua Dimensi dan liukan.Terdapat beberapa perbezaan dari segi ciri-ciri modul ujikaji yang dihasilkan dengan yang biasa digunakan oleh pelajar sekarang. Setiap modul mengandungi bahagian pengenalan, perlaksanaan ujikaji, langkah-langkah dan analisis. Dalam bahagian pengenalan pelajar akan dijelaskan tentang fenomena alam dan kemudiannya baru mereka di perkenalkan dengna konsep dan teori yang bersangkutan. Bahagian perlaksanaan ujikaji cuma memberikan gambaran umum tentang ujikaji yang akan dijalankan dan peralatan yang akan di gunakan. Walau bagaimanapun peralatan ujikaji tidak disenaraikan seperti modul sekarang. Tiada urutan arahan di berikan bagi pengambilan data-data. Hanya perkara-perkara penting sahaja akan di sentuh dalam bahagian langkah-langkah ujikaji. Bahagian berikutnya adalah bahagian analisis di mana bahagian ini pelajar dibimbing untuk membuat kiraan, melukiskan graf, menjawab soalan dan membuat kesimpulan.
|