Peramalan kejatuhan tekanan aliran dua fasa di dalam paip dengan menggunakan model aliran terpisah/

Satu program komputer yang berdasarkan kepada Model Aliran Terpisah telah dibuat. Ia digunakan untuk meramal kejatuhan tekanan aliran dua fasa di dalam sistem paip menegak. Keputusannya dibandingkan dengan peramalan daripada korelasi Beggs & Brill dan Orkiszewski serta dengan nilai tekanan dasar...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 347381 Selvakone Selvadurai
Format:
Published: Kuala Lumpur : UTM, 1992
Subjects:
Description
Summary:Satu program komputer yang berdasarkan kepada Model Aliran Terpisah telah dibuat. Ia digunakan untuk meramal kejatuhan tekanan aliran dua fasa di dalam sistem paip menegak. Keputusannya dibandingkan dengan peramalan daripada korelasi Beggs & Brill dan Orkiszewski serta dengan nilai tekanan dasar lubang yang diukur yang diperolehi dari buku teks. Perbandingan untuk 20 set data yang digunakan memberikan peratus ralat yang besar untuk Model Aliran Terpisah. Kajian juga menunjukkan antara tiga kaedah yang digunakan, korelasi empirik Orkiszewski adalah korelasi yang paling baik digunakan untuk meramal kejatuhan tekanan di dalam sistem paip menegak. Model Aliran Terpisah tidak dapat meramal kejatuhan tekanan dengan baik kerana kelemahannya dalam mengira turus hidrostatik dan kecerunan tekanan geseran dengan baik. Punca kegagalanmodel ini adalah kerana model ini tidak mengambil kira perubahan corak aliran yang berlaku di dalam tetiub. Oleh itu untuk kajian pada masa hadapan, adalah dicadangkan supaya perubahan corak aliran dimasukkan dalam pembinaan Model Aliran Terpisah untuk membaiki peramalan kejatuhan tekanan.