Summary: | Perkembangan teknologi pada hari ini memang tidak dapat disangkal lagi. Kesinambungan daripadda perkembangan tersebut menjadikan sistem rangkaian sebagai satu sistem yang memainkan peeeranan yang penting meliputi keseluruhan aspek kehidupan. Penggunaanya semakin meluas hari demi hari, ini menjadikan setiap individu akan berhadapan dengan sistem rangkaian samada disedari ataupun tidak baik dibidang komunikasi, penjadual dan pengagihan sumber, barangan serta tenaga. Menyedari hakikat ini, Pakej Analisis Rangkaian telah dibangunkan untuk memudahkan penganalisaan terhadap ciri-ciri sistem rangkaian yang digunakan dengan harapan penggunaan jarak, kos dan masa dapat dioptimumkan. Pakej yang telah dibangunkan diberi nama ANNET, iaitu singkatan daripada perkataan "Network Analysis". Pembangunan pakej ANNET ini melibatkan enam model analisis rangkaian iaitu pokok merentang minimum, laluan terpendek rangkaiantak berkitar lansung, laluan terpendek rangkaian berkitar langsung, laluan terpanjang rangkaian tak berkitar langsung, aliran maksimum rangkaian tak berkitar langsung dan aliran maksimum rangkaian berkitar langsung. Pakej ANNET dibina menggunakan bahasa pengaturcaraan Pascal di perisian Turbo Pascal Version 5.5 pada komputer IBM PS/2(model 30/70).
|