Summary: | Tujuan utama kajian ini dijalankan ialah untuk mengenalpasti masalah-masalahyang timbul dipasar Manir. Masalah-masalah ini wujud adalah kerana tapak pasar tersebut tidak di rancang dengan sempurna serta bentuk pengurusan yang kurang memuaskan. Antara masalah-masalah tersebut ialah kesesakan dikawasan pasar,pencemaran,kekurangan kemudahan awam,ruang niaga terhad dan lain-lain lagi. Berdasarkan masalah-masalah tersebut, beberapa cadangan untuk mengujudkan sebuah pasar yang lebih baik perlu dijalankan. dengan sedemikian cadangan membaikpulih semula pasar tersebut adalah satu jalan penyelesaian yang baik bagi mengatasi masalah-masalah tersebut. Cadangan membaikpulih semula pasar ini adalah berdasarkan kepada aspek kemudahan-kemudahan sediada di kawasan pasar, aspek peniaga dan pengunjung-pengunjung pasar. Aspek ini perlu diambilkira adalah untuk mewujudkan sebuah pasar yang dapat memenuhi kehendak penidaga serta pengunjung-pengunjung yang datang dipasar Manir.
|