Kesan pengganda sektor pelancongan keatas penduduk tempatan : kajian kes : Kampung Tekek, Tioman, Pahang Darul Makmur/

Perkembangan pesat dalam industri pelancongan di Malaysia telah menghasilkanpendapatan wang berjumlah RM4.5 bilion pada tahun 1990 berbanding dengan RM2.8 juta pada tahun 1989. Hasil pendapatan yang lumayan dan sektor ini telah menyaksikan usaha gigih setiap negeri di Malaysia untuk mempertingkatkan...

全面介绍

书目详细资料
主要作者: 332610 Ho, Judy Mei Yen
格式:
出版: Sekudai : UTM, 1993
主题:
实物特征
总结:Perkembangan pesat dalam industri pelancongan di Malaysia telah menghasilkanpendapatan wang berjumlah RM4.5 bilion pada tahun 1990 berbanding dengan RM2.8 juta pada tahun 1989. Hasil pendapatan yang lumayan dan sektor ini telah menyaksikan usaha gigih setiap negeri di Malaysia untuk mempertingkatkan lagi sektor pelancongan di negeri masing-masing. Justeru itu, banyak kajian telah dijalankan untuk melihat potensi pembangunan pelancongan. Akan tetapi kajian-kajian tersebut kurang menumpu kepada aspek impak pelancongan keatas ekonomi tempatan. Dalam hal ini, suatu kajian kesan pengganda pendapatan dijalankan untuk melihat sejauh mana sumbangan sektor pelancongan keatas peningkatan pendapatan penduduk yang terlibat dalam sektor tersebut. Kajian kesan pengganda pendapatan adalah untuk mengukur peningkatan satu unit perbelanjaan pelancong keatas ekonomi tempatan. Secara umunya, saiz pengganda pendapatan dipengaruhi oleh saiz dan struktur dalaman ekonomi sesuatu kawasan. Sekiranyaekonomi tersebut mempunyai kecenderungan tinggi untuk mengimpot barangan danperkhidmatan maka lebih rendah nilai saiz penggandanya dan sebaliknya akan berlaku. Kajian ini bertujuan untuk memberikan kefahaman mengenai keadaan sebenar serta membantu juruterbang dalam pembentukan polisi perancangan masa depan. Tahap kebocoran ekonomi tempatan dan siaz pengganda pendapatan bagi pusingan perbelanjaan. 1. pusingan perbelanjaan 2 dan pusingan secara keseluruhan akan dikaji. Disamping itu model ad-hoc yang digunakan untuk mengukur saiz pengganda pendapatan akan diubahsuai untuk memenuhi keperluan kajian ini. Hasil analisis menunjukkan bahawa saiz pengganda pendapatan sektor pelancongan di Tioman adalah agak rendah iaitu hanya 0.5356. Nilai pengganda yang rendah ini disebabkan oleh penggantungan ekonomi Tioman keatas barangan import, terutamanya dari Mersing. Di samping itu, hasil analisis juga mendapat bahawa struktur ekonomi Tioman yang "mudah" kerana kurangnya interaksi dan kepelbagaian diantara sektor-sektor utama seperti pertanian, perdagangan dan sebagainya. Daripada hasil analisi, tumpuan perbelanjaan hanya kepada sektor penginapan dan makanan sahaja. Ini menyebabkan pengusaha tempatan tidak melibatkan diri dalam sektor-sektor lain. Pendapatan yang tinggi dari sektor penginapan berbanding dengan sektor lain juga menyebabkan mereka hanya melibatkan diri dalam sektor tersebut. Penjanaan pendapatan yang rendah dikawasan kajian juga dipengaruhi oleh faktor musim yang menyebabkan "economic instability" dalam ekonomi tempatan. Sehubungan itu, langkah-langkah harus diambil untuk menarik kedatangan pelancong sepanjang tahun di samping memanjangkan kadar penginapan mereka. Ini dapat dijalankan dengan mewujudkan tarikan-tarikan pelancongan yang baru dan menarik seperti "agro-tourism" dan aktiviti sukan air. Di samping itu, penduduk tempatan juga harus digalakkan untuk menceburi sektor-sektor lain seperti dalam industri kampung dan juga perdagangan untuk mengurangkan penggantungan keatas barangan import. Secara ringkasnya, hasil kajian ini memberikan implikasi penting terhadap perancangan khususnya dari segi pembentukan polisi pelancongan.Ini kerana jururancang harus sedar bahawa kesan pengganda merupakan "catalyst" untuk mempelbagaikan serta meningkatkan sistem ekonomi sesuatu kawasan. Ia memberikan maklumat mengenai perkataan sektor-sektor ekonomi serta pengaluran keluar pendapatan dari pelancongan dalam sesuatu kawasan. Ianya akan membantu jururancang dalam mengenalpasti langkah-langkah untuk mempertingkatkan penjanaan perbelanjaan pelancong supaya manafaat yang tinggi dapat dirasai oleh penduduk setempat.