Summary: | Kepesatan pembangunan pelancongan yang dialami sekarang sedikit sebanyak mempengaruhi keadaan semulajadi sumberjadi sumberjaya yang ditawarkan seperti keaslian sumber pantai, hutan bakau, hutan tropika dan sebagainya. Keseimbangan ekosistem yang wujud telah terganggu ekoran daripada kesilapan manusia yang mengabaikan kepentingan sumber warisan alam ini. Justeru itu amatlah wajar bagi kita terutama sekali para jururancang untuk mencari langkah kawalan yang bersesuaian dengan penerimaan sumberjaya tersebut supaya pembangunan yang dijalankan tidak akan mencemarkannya. Begitu juga dengan kawasana kajian iaitu kawasan persisiran pantai Balok- Chendor, Kuantan yang sedang mendapat perhatian MPK untuk menaikkan lagi pembangunan industri pelancongannya. Berdasarkan kepada pengamatan pengkaji, kawasan ini sedang mengalami tekanan pembangunan yang perlu diatasi segera. Sebelum keadaan menjadi bertambah serius, para jururancang terutama sekali pihak MPK perlu menyediakan garispanduan yang jhusus untuk kawasan pantai utaranya. Di dalam kajian ini, penekanan diberikan kepada aspek pelancongan dan alam persekitaran sendiri untuk cuba menyeimbangkan di antara kedua komponen tersebut. Bahagian anlisis menitikberatkan pengaruh aspek gunatanah dan aktiviti kawasan sekitar terhadap kawasan kajian. Ini adalah perlu kerana perkembangan kawasan sekitar turut memaminkan peranan di dalam pembangunan di kawasan kajian. Hasil daripada analisis yang dijalankan dengan dibantu oleh bahagian cadangan kajian, maka pengkaji telah mengemukakan garispanduan yang berbentuk konsepsual dan terperinci yang diharapakan dapat membantu pihak MPK untuk mencari kaedah membangunkan kawasan kajian tersebut.
|