Summary: | Pembangunan kawasan pertanian pada ketika dulu hanya mengutamakan kajian fizikal tapak dan dasar-dasar pihak kerajaan sahaja. Namun didapati kebanyakan projek yang dilaksanakan kurang berjaya dan tidak mencapai matlamat yang disgariskan. Maka dalam kajian ini, faktor-faktor yang mempengaruhi penentuan lokasi sesuatu kawasan pertanian akan dikenalpasti. Berdasarkan kepada tujuan ini, faktor-faktor penentuan lokasi yang dikemukakan oleh Von Thunen, Peter Laut dan Katiman Rostam akan diambilkira. Urutan dari ini, tiga faktor utama telah dipilih untuk mengenalpasti lokasi kawasan pertanian yang berpotensidibangunkan di Mukim Parit Jawa iaitu faktor fizikal tapak, sosio-ekonomi penduduk dan dasar-dasar sektor pertanian. Faktor fizikal tapak dikaji untuk melihat tahap keupayaan dan kesesuaian tapak. Kajian sosio-ekonomi penduduk pula dikaji kerana ia mempengaruhi pencapaian pelaksanaan sesuatu projek. Dasar-dasar pertanian juga dikaji keranan terdapatnya pengaruh pihak kerajaan dalam melaksanakan sesuatu bentuk pembangunan. Kajian yang dijalankan menunjukan kawasan JKKK Parit Nipah berpotensi tinggi untuk dibangunkan diikuti dengan kawasan JKKK Parit Samsu, Parit kassim dan Parit Lapis. Sementara itu, kawasan JKKK Parit jawa Ulu didapati kurang berpotensi untuk dibangunkan. Dalam kajian ini juga, pembentukan sistem pengurusan pertanian yang sesuai dilaksanakan adalah penting bagi memajukan dan mengembangkan sektor pertanian di mukim ini. Kajian menunjukan sistem pengurusan secara koperasi sesuai dilaksanakan di mukim ini. Pengurusan ini bertujuan untuk menggalakkan petani berdikari, berusaha, saling bekerjasama dan melibatkan diri secara langsung dalam projek-projek pembangunan pertanian.
|