Analisis garis imbas untuk rasuk tak prismatik /
Analisis garis imbas adalah sangat berguna dalam analisis struktur yang mengalami beban bergerak seperti struktur jambatan, galang kren dan sebagainya. Analisis ini melibatkan pengiraan daya-daya termasuk daya ricih, momen lentur serta tindakbalas pada sokong pada sesuatu keratan struktur tertentu d...
Main Author: | |
---|---|
Format: | |
Published: |
Sekudai : UTM,
1993
|
Subjects: |
Summary: | Analisis garis imbas adalah sangat berguna dalam analisis struktur yang mengalami beban bergerak seperti struktur jambatan, galang kren dan sebagainya. Analisis ini melibatkan pengiraan daya-daya termasuk daya ricih, momen lentur serta tindakbalas pada sokong pada sesuatu keratan struktur tertentu dan nilai-nilai genting bagi daya-daya tersebut akibat daripada satu siri beban yang bergerak sepanjang struktur berkenaan. Projek ini melibatkan penggunaan KAEDAH RASUK KONJUGAT, KAEDAH CERUN PESONGAN serta KAEDAH KEKUKUHAN dalam analisis garis imbas untuk rasuk selanjar tak prismatik dengan bantuan aturcara komputer. Kajian tentang penggunaan Matriks Jalur juga akan dilakukan untuk mempercepatkan lagi proses penganalisisan berkomputer. Perisian analisis ini akan memudahkan kerja analisis khususnya untuk rasuk tak boleh tentuan statik dan tak prismatik sepanjang rentang keranan pengiraan secara manual adalah sukar dan rumit untuk dilakukan. Bahasa pengaturcaraan yang akan digunakan dalam penulisan perisian ini ialah TURBO C++. |
---|