Penggunaan cerucuk konkrit prategasan diputar sebagai asas struktur kejuruteraan awam /

Cerucuk konkrit prategasan diputar merupakan salah satu jenis cerucuk anjakan prabentuak sepenuhnya yang berongga. Dewasa ini, penggunaannya sebagai asas struktur kejuruteraan awam semakin popular bukan sahaja untuk struktur-sturuktur diatas tanah, tetapi juga untuk struktur marin dan struktur luar...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 426006 Poh, Teoh Yaw
Format:
Published: Sekudai : UTM, 1993
Subjects:
Description
Summary:Cerucuk konkrit prategasan diputar merupakan salah satu jenis cerucuk anjakan prabentuak sepenuhnya yang berongga. Dewasa ini, penggunaannya sebagai asas struktur kejuruteraan awam semakin popular bukan sahaja untuk struktur-sturuktur diatas tanah, tetapi juga untuk struktur marin dan struktur luar pantai. Projek tahun akhir ini ingin meninjau sifat-sifat dan kelebihan cerucuk tersebut sera kesesuaian penggunaan cerucuk tersebut sebagai struktur kejututeraan awam. Tinjauan khusus akan dilakukan dalam kajian kes tapak binaan untuk meninjau kelebihan sistem cerucuk tersebut serta masalah yang dihadapinya. Selain daripada itu kaedah rekabentuk yang biasa digunakan dirantau ini untuk keadaan tanah yang berbeza serta persekitaran yang berlainan juga akan dibincangkan. Penggunaan prinsip-prinsip asas (prinsip pemejaman emparan, prinsip prategasan, konkrit berkekuatan tinggi, keratan berkesan dan pengawetan stim serta pengawetan autoclave) dalam proses pengilangnya menghasilkan banyak kelebihan kepada cerucuk tersebut. Kelebihan-kelebihan tersebut menyebabkan ia berkekutaan tingggi, tahanlasak, stabil terhadap masa dan mempunyai rintangan kakisan yang tinggi. Dengan itu ia merupakan cerucuk yang boleh diharapkan sebagai asas struktur kejuruteraan awam untuk jangkamasa yang panjang.