Prestasi rawatan airsisa dan penyingkiran logam berat menggunakan "penyentuh biologi berputar" (RBC)/

Projek tahun akhir ini menumpukan kepada kajian menilai keberkesanan sistem rawatan penyentuh biologi berputar (RBC) dalam proses bioserapan logam-logam berat dan menyingkirkan parameter-parameter COD dan BOD di setiap peringkat model RBC. Sebuah model RBC skala makmal yang telahpun direkabentuk ole...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 394023 Noor Rizan Sarmin
Format:
Published: Sekudai : Universiti Teknologi Malaysia, 1993
Subjects:
Description
Summary:Projek tahun akhir ini menumpukan kepada kajian menilai keberkesanan sistem rawatan penyentuh biologi berputar (RBC) dalam proses bioserapan logam-logam berat dan menyingkirkan parameter-parameter COD dan BOD di setiap peringkat model RBC. Sebuah model RBC skala makmal yang telahpun direkabentuk oleh pengkaji sebelum ini digunakan didalam kajian ini. Untuk ujian logam-logam berat, sejumlah kepekatan logam-logam berat dimasukkan ke dalam airsisa sintetik. Ujian BOD, COD dan ujian logam-logam berat dilakukan ke atas sampel-sampel influen, setiap peringkat RBC dan juga efluen sistem rawatan ini. Semua kaedah analisis adalah berdasarkan 'Standard Method' (APHA). Keupayaan dan keberkesanan model RBC skala makmal ini dalam menyingkirkan COD, BOD dan logam-logam berat banyak bergantung kepada faktor-faktor masa tahanan, putaran cakera per minit dan juga pembiakan mikroorganisma. Kajian ini merupakan penerusan daripada kajian terdahulu. Masa tahanan yang berkesan diambil sebagai dua hari dan putaran cakera yang telah dibuktikan berkesan melalui kajian ini dan kajian lepas ialah 4 r.p.m. Bioserapan merupakan penjerapan unsur-unsur pencemaran. Di dalam kajian ini, logam-logam berat diserap oleh biofilem yang terdapat pada cakera. Melalui proses bioserapan ini, logam-logam berat yang merbahaya di dalam airsisa industri disingkirkan dan pada masa yang sama pengolahan airsisa berlaku. Sebagai kesimpulannya model RBC ini telah dibuktikan berkesan bukan sahaja dalam penyingkirkan COD mencapai melebihi 90% dan penyingkiran BOD mencapai sehingga melebihi 65% tetapi juga mampu menyingkir logam-logam berat iaitu plumbum, kadmium, kuprum dan juga ferum.