Peninjauan masalah-masalah airbumi terhadap pembinaan asas dan struktur geoteknikal /

Masalah-masalah berkaitan dengan air bumi adalah sangat penting dalam geoteknik. Air bumi yang bergerak mempengaruhi ciri-ciri dan kelakuan tanah dan ia mendatangkan kesan yang nyata terhadap operasi pembinaan dan kebolehkhidmatan binaan yang telah siap dibina. Antara masalah-masalah air bumi ini te...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 287692 Tee, Soon Teck
Format:
Published: Sekudai : UTM., 8
Subjects:
Description
Summary:Masalah-masalah berkaitan dengan air bumi adalah sangat penting dalam geoteknik. Air bumi yang bergerak mempengaruhi ciri-ciri dan kelakuan tanah dan ia mendatangkan kesan yang nyata terhadap operasi pembinaan dan kebolehkhidmatan binaan yang telah siap dibina. Antara masalah-masalah air bumi ini termasuk penyahairan ruang subpermukaan, penyahairan pengorekan, perubahan ciri-ciri fizikal tanah dengan paras air, kesan air bumi terhadap kestabilan cerun, pengerobosan air dalam tingkat bawah tanah dan lain-lain lagi. Penyiasatan secara statik telah menunjukkan 80% daripada kerosakan bangunan yang disebabkan oleh pengaruh geoteknikal adalah berpunca daripada kedudukan dan turun-naik air bumi. Memandangkan keadaan air bumi selalunya diambilkira dalam projek pembinaan, maka pemahaman pergerakan air melalui tanah dan masalah-masalahnya adalah penting bagi para pakar pembinaan terutamanya jurutera-jurutera geoteknik yang terlibat secara lansung dalam penyelesaian masalah-masalah tersebut. Projek ini bertujuan untuk mengaji prinsip asas air bumi dan kesannya secara praktik dalam pembinaan asas bangunan dan struktur-struktur geoteknikal.Selain daripada ini, dua kajian kes akan dilakukan bagi tujuan pemahaman masalah-masalah air bumi yang sebenar