Pengurusan kualiti dan kuantiti air larian pembandaran di kawasan tadahan sungai Ampang /

Kawasan tadahan Sungai Ampang merupakan kawasan pembandaran yang pesat membangun. Proses pembandaran di kawasan ini telah menyebabkan berlakunya peningkatan kepada kuantiti dan mengurangkan kualiti air larian. Penggunaan tanah yang semakin meluas telah membawa kepada masalah banjir dan pengurangan b...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 328896 Nik Roslan Nik Yusoff
Format:
Published: Sekudai : UTM., 1993
Subjects:
Description
Summary:Kawasan tadahan Sungai Ampang merupakan kawasan pembandaran yang pesat membangun. Proses pembandaran di kawasan ini telah menyebabkan berlakunya peningkatan kepada kuantiti dan mengurangkan kualiti air larian. Penggunaan tanah yang semakin meluas telah membawa kepada masalah banjir dan pengurangan bekalan air bersih. Perancangan pengawalan kuantiti dan kualiti air larian permukaan di kawasan kajian ini memerlukakan penyelesaian secara teknikal serta perancangan yang lengkap. Untuk itu, dalam kajian ini penggunaan model kuantiti dan kualiti VAST (Virginia flormwater Model) telah dipilih. Melalui analisis, model-model ini akan digunakan untuk melakukan proses simulasi untuk memerhatikan corak aliran, kesan pencemaran terhadap kualiti air larian dan aspek-aspek lain yang berkaitan. Hasil daripada simulasi menggunakan model-model ini satu gambaran dan jangkaan keadaan dapat dibuat untuk pengawalan kuantiti dan kualiti air larian di kawasan kajian. Daripada simulasi yang dilakukan, kadaralir maksimum air larian permukaan untuk satu-satu peristiwa hujan boleh ditentukan. Juga kadar penumpukkan untuk pencemar seperti pepejal terampai, pepejal terenap, BOD, jumlah nitrogen, orthoposphate dan fecal coliforms boleh diketahui.